BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 17, 2009

Artikel Akhbar: Muhasabah Diri

Assalamualaikum Warahmatullah.

Artikel bertajuk Ikhlas Muhasabah Diri Cara Berkesan Baiki Kelemahan Ummah telah dikeluarkan di bahagian Agama akhbar Berita Harian
pada 07 Mei 2009 (Khamis). Di sini saya letakkan artikel asalnya bertajuk Muhasabah Diri untuk paparan sahabat-sahabat semua. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

MUHASABAH DIRI

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Capaian asal di dalam Berita Harian di sini:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Agama/20090507101728/Article/

Wallahualam.

Monday, June 15, 2009

MUS’AB BIN UMAIR : Pemuda Dakwah

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Apa lagi, lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi,
Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di
tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu
semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan
kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan
kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang
pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.
Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.

Saturday, June 13, 2009

Pembahasan tentang virus2 @ noda2 perosak ukhwah.

Sebelum memulai pembahasan tentang virus-virus atau noda-noda perosak ukhuwah secara
lebih teliti, sebaiknya saya terangkan bahawa tujuan perbahasan ini adalah agar kita terhindar
dari perspektif negatifnya dan mengetahui cara-cara yang ditempuh agar dapat saling
menjaga serta melahirkan rasa cinta. Hal-hal yang dapat mendorong seseorang agar dapat
menjaga dan mengekalkan cintanya kepada seorang sahabat merupakan ruang lingkup
pembahasan yang sangat luas. Ibarat lautan tak bertepi, pembicaraan mengenainya tidak akan
pernah habis.

Pembahasan mengenai faktor-faktor pengekalan ukhuwah terbahagi kepada dua, iaitu secara
global dan detail:

Secara global, pergaulan baik adalah faktor penyebab kekalnya ukhuwah. "Pergaulan
baik" merupakan ungkapan yang menghimpun seluruh sarana yang dapat meningkatkan
hubungan antara diri Anda dengan sahabat Anda. Dapat pula diertikan sebagai: akhlak mulia
yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam wasiatnya:
“Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja engkau berada. Ikutilah kejelekan itu dengan kebaikan,
nescaya kebaikan tadi akan menghapus kejelekan, dan berakhlaklah kepada manusia dengan
akhlak yang baik.”
Banyak sekali ungkapan ulama-ulama terdahulu yang membicarakan tentang pergaulan
baik dan kewajiban seseorang terhadap sahabatnya.
Abu 'Atahiyah berkata: Ali Ibnu Haitsam ditanya, "Apa kewajiban seseorang terhadap
sahabatnya?"
Ia menjawab: "Menyimpan rahsianya, simpati ketika dalam kesusahan, dan
memaafkan kesalahannya."

Seorang Badwi (masyarakat pedalaman Arab/nomad) pernah ditanya: "Siapakah orang
yang paling baik pergaulannya?" Ia menjawab: "Ia adalah orang yang jika dekat mahu memberi,
jika berpisah memuji, jika disakiti memberi maaf, dan jika ditekan tetap lapang dada. Siapa yang
mendapatkan orang seperti ini, maka dia telah beruntung dan berjaya."
Seorang dari suku Quraisy berkata: "Bergaullah dengan manusia sehingga jika engkau
jauh, mereka merindukanmu, dan jika engkau mati, mereka menangisimu."
Ini merupakan ungkapan yang amat berharga, membuka peluang seluas-luasnya untuk
terus berpacu dan berijtihad dalam mencari sarana-sarana yang dapat merealisasikan pergaulan
yang baik.

Adapun pembahasan detail mengenai masalah ini mencakup aspek-aspek yang tidak
terbatas selama masih dalam lingkup tema pergaulan yang baik.
Sementara pembahasan berikut ini, mengenai virus-virus atau noda-noda perosak
ukhuwah - yang harus kita hindari - tidak lebih dari upaya agar mampu mewujudkan pergaulan
yang baik di antara kita.

*Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Salam Pertemuan....

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...

dengan kesibukan yang tak akan pernah selesai,
dengan taklifan yang menduga iman,
dengan dugaan yang menguji kesabaran,
dengan diri yang begitu banyak memberi alasan,
dengan senario di sekeliling memeningkan,


Semua faktor di atas..menyebabkan ana terlanjur untuk menulis dan berkongsi pandangan dengan mewujudkn blog ni...ingin ana tanye pada sahabat sekalian pernah tak ntum terase ntum x tahu nak wat ape??????????????? klu ntum pernah terase mcm tu ape kt ntum cuba baca dan renung kembali btol ke kita terlalu bnyk mase free hingga x tahu nak wat pe??


"sesiapa yang tidak mengisi masanya dengan perkara makruf, maka syaitan akan cuba isikan masa mereka dengan maksiat". Kata-kata ini acap kali ana kongsikan bersama rakan-rakan.

Dalam solat, setiap perbuatan itu perlu berurutan dari satu rukun ke satu rukun, dengan diselingkan dengan zikir dan tasbih. Apa yang dapat dipelajari dari solat itu sendiri adalah bahawa seluruh hidup kita ini adalah ibadah. Dan setiap ibadah itu perlu berurutan.

Bayangkan sekiranya setiap pergerakan kita ini adalah satu ibadah. Bercakapnya kita adalah ibadah. Diamnya kita adalah ibadah. maka seluruh kehidupan ini adalah ibadah(Sama sepperti solat). Dan ianya berurutan dari satu aktiviti ke satu aktiviti.

Bayangkan, satu huruf yang ditaipkan oleh jari anda adalah ibadah. Satu ayat yang ditaipkan dalam Yahoo Messeger ketika berborak dengan rakan adalah ibadah(Maasyaallah). Alangkah suburnya hati mereka yang dapat berbuat demikian. Adakah akan wujud dalam kamus hidup mereka erti boring(Bosan)

Justeru, ana ingin mengingatkan diri ana sendiri serta yang membaca jadikanlah kehidupan kita ini suatu ibadah yang berangkai antara satu sama lain. Moga khalawatul iman akan menjadi milik kita bersama...

:>Insya'Allah......
:-Ape yang penting?????
:-Kerjesame......

Friday, June 12, 2009

Peringatan Bagi Pejuang Islam

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.


"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah
PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)


3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman,
bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)


ps:Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar


NATURE VS NURTURE

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

" Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri "ar Rad : 11
Panjatkan syukur dan puji buat ilahi, segala nikmat dan rahmatNya tidak terperi, antara alpa atau sedar saja. Selawat dan salam buat baginda junjungan, insan mulia sepanjang zaman, qudwah terbaik buat ummat. Jangan malas2, nanti diri sendiri yang kerugian.

Paper masih belum habis, ana tahu, tapi sedikit masa diluangkan sekejap, rehatkan minda, releasekan tension, sebenarnya takdalah tension pun. Apa pun menulis buat ana selesa, kalau nak bagi alasan tak ada masa, rasanya itu kurang tepat, ana tak rasa 24 jam sehari suntuk kita baca buku ja kan?...ada masa luangnya, kadang kita guna buat sembang2, baring2, dan macam2 lagi, jadi alasan tak ada masa ditolak sama sekali!

Kalian pernah lihat
Slumdog Millionaire?...yang mengisahkan tentang seorang remaja jalanan berjaya menjadi Millionaire setelah mampu menjawab keseluruhan soalan dalam rancangan 'Who Wants To Be A Millionaire'. Hanya kerana beliau adalah remaja jalanan, telah dituduhnya menipu, namun setelah siasatan, telah disahkan tiada penipuan yang berlaku. Itu yang tersurat, namun dari pandangan ana, filem itu sebenarnya mahu menunjukkan realiti sebenar kehidupan di India, terutamanya kehidupan kanak2 jalanan di sana, mahu tahu?...tontonlah!.

Jika belum sempat menonton
Slumdog Millionaire, sudahkah kalian tonton Laskar Pelangi?...filem dari seberang yang mengisahkan tentang sekumpulan kanak2 miskin di Pulau Belitong yang begitu komited dalam menuntut ilmu, sehingga ada yang sanggup berbasikal setiap hari berpuluh2 kilometer demi mahu mengutip sebutir dua mutiara hikmah, malah dalam perjalanan kesekolah perlu melalui kawasan buaya dan hutan, kita bagaimana?.

Mengapa ana membangkitkan soal 2 filem itu? mungkin ada yang kata disebabkan ana sudah terpengaruh dengan
hedonisme, kalau ada sila jumpa ana, nanti ana sekolahkan biar jumud dalam kepala tu hilang, ingat Kak Ina STAD ja yang boleh sekolahkan budak2 ni?...:D...Sebenarnya, setelah menonton 2 filem ini, ana terus teringatkan perkataan NATURE dan NURTURE. Kenapa?...kena terus bacalah...izinkan ya Allah.

Mengikut ilmu psikologi,
NATURE dan NURTURE ini adalah faktor dalam pembentukan personaliti, bahkan sudah berdekad2 perbahasan yang mana lebih penting dalam membentuk personaliti seseorang, adakah NATURE yang boleh kita katakan kualiti dalaman atau bakat semulajadi itu lebih penting? sedangkan NURTURE iaitu environment, didikan, asuhan juga adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak kepentingannya.

Dr. Donald Hebb, seorang pakar psikologi terkenal dari Kanada pernah menjawab soalan journalis bila mereka bertanyakan yang mana lebih penting antara NATURE atau NURTURE, dan apa jawapan beliau?...beliau menyoal balas " Which contributes more to the area of a rectangle, its length or its width? ", satu lontaran idea yang sememangnya tidak pelik jika datang dari seorang ahli psikologi. Jadi apa jawapan anda untuk soalan Dr. Hebb?...apakah yang lebih penting bagi membentuk segi empat, adakah tingginya atau lebarnya?...ana masih berfikir sekarang.

Gerakan
Nazi yang terkenal itu, mereka telah menekankan konsep NATURE lebih penting dalam mengejar agenda, sedikit sebanyak mereka telah berjaya, tidak dinafikan berjayanya mereka, juga tidak dinafikan mereka juga gagal. Kita lihat pula fahaman Komunis, yang mana Karl Marx telah mempromosikan penggunaan NURTURE bagi membentuk fahaman yang kuat. Ini juga telah berjaya, tetapi hakikatnya tetap gagal. Konflik ini telah membuatkan kontroversi antara sociobiology dan evolutionary psychology semakin berlanjutan. Yang ini ana punya jawapan, kenapa mereka gagal akhirnya, apa dia?...kerana secerdik dan selicik mana pun fikiran mereka dalam membentuk fahaman, tetapi dasarnya tidak mengikut SYARIATULLAH!, macam mana mahu berjaya?

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata "al Baqarah : 208

Setelah lama berfikir, ana punya satu pegangan sekarang, mulanya ana suka untuk mengatakan keduanya sama penting, dan ana pernah ditanya oleh seorang sahabat dahulu mengenai perkara ini, jawapan ana,
BOTH!, keduanya saling memerlukan. Namun saat ini, ditambah pula dengan tontonan ana terhadap 2 filem yang telah disebutkan di atas, maka ana telah berani menyatakan bahawa NURTURE lebih penting dalam membentuk personaliti. Ana tidak menafikan kepentingan NATURE, pastinya ia saling bertaut, cuma jika ditanya mana lebih penting, ana akan mengangkat tangan dan menjawab NURTURE!.

Kembalilah kepada Islam, yang mementingkan penerapan bi'ah solehah dalam kehidupan bekeluarga. Tidak terhad kepada keluarga sebenarnya bahkan pemerintah atau siapa pun perlu menekankan soal bi'ah solehah. Kenapa Islam begitu mementingkan environment yang sihat? ini tidak lain adalah kerana dari asuhan, didikan dan persekitaran mampu membentuk peribadi yang mulia. Ana sebut saja,
Madinah al Munawwarah dengan New York, mana lebih bertamadun kalian rasa?...jangan pula ertikan tamadun itu bangunan yang tinggi2, tapi akhlak, ilmu, adab, budaya dan lain2 itu perlu dilihat terlebih dahulu.

Maksud firman Allah SWT :
" Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan "al Hajj : 41

Maka disini dapat dilihat Islam menekankan
NURTURE sebagai titik tolak bagi membentuk personaliti yang mantap. Dari didikan dan asuhan Rasulullah SAW jugalah telah lahir sahabat2 yang begitu mantap akhlaknya, teguh imannya. Andaikanlah Umar al Khattab yang bengis pada mulanya itu jika tidak diasuh dan di didik Rasulullah SAW apa jadinya ya?...benar hidayah milik Allah, namun Allah menjadikan sesuatu pasti dengan asbabnya, dan Rasulullah adalah salah satu asbab Umar berubah. Dalam masa yang sama, NATURE umar yang bengis dan garang pada asalnya itu, telah digunakan oleh Rasulullah menjadi kekuatan pula bagi umat Islam dengan menggunakan NURTURE iaitu didikan dan asuhan yang penuh hikmah, subhanallah!

Dapat dilihat disini, bagaimana
NURTURE mampu mengubah NATURE manusia sekaligus mampu memaksimumkan kualiti dalaman seseorang, bahkan mampu pula melahirkan sesuatu yang positif sedangkan asalnya ialah negatif. Semua ini berlaku jika syariat diikuti dengan sebaik baiknya, bukan ambil sebahagian dan buang sebahagian. Pendapat ana ini diteguhkan lagi pabila mengingatkan dan mengkaji filem Slumdog Millionaire, yang mana NATURE watak utama adalah seorang budak periang, bijak, berani mengambil risiko, dan bersemangat, namun akhirnya telah menjadi yang agak liar. Watak utama itu beragama Islam, namun jika dilihat dia telahpun menyimpang dari Islam yg syumul. Beliau telah membesar dalam environment yang tidak sihat, tiada didikan dan asuhan yang sempurna, dan semua ini adalah faktor2 NURTURE dalam mempengaruhi personaliti seseorang.

Dalam
Laskar Pelangi pula, dapat dilihat, pabila kanak2 itu berada dalam lingkungan mereka yang gemar belajar walaupun berada dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka semuanya menjadi bersemangat menuntut ilmu. Lintang, salah satu watak yang begitu menarik untuk dikaji dalam persoalan NATURE VS NURTURE, insyaAllah pengkajian ana akan dikongsikan. Lihat, Lintang adalah seorang murid yang genius! bijak secara semula jadi (NATURE), ayahnya pula seorang yang begitu bersungguh2 mahu melihat lintang berjaya (NURTURE), dan ini telah membuatkan Lintang begitu besemangat dalam pembelajaran sehingga sanggup berbasikal berpuluh2 kilometer setiap pagi untuk ke sekolah.

Namun, apa yang telah mengubah
Lintang menjadi seorang buruh kasar saja di alam dewasanya? Ini kerana, kemiskinan keluarganya telah menyebabkan Lintang terpaksa menggantikan ayahnya yang meninggal dunia untuk menampung keluarga, juga persekitaran kawasan itu sememangnya menuntut untuk dia melakukan pekerjaan sedemikian (NURTURE). Oleh sebab tiada galakan dan bantuan yang sepatutnya dari pihak bertanggungjawab, Lintang yang genius itu hanya menjadi buruh kasar pada akhirnya, ini kerana NURTURE tidak digunakan untuk memaksimumkan NATURE Lintang yang genius itu.

Satu lagi watak iaitu
Kucai, yang mana beliau bolehlah dikatakan paling lemah dalam pembelajaran (NATURE), dalam filem mungkin tidak kelihatan sangat, tapi jika membaca novelnya, insyaAllah akan menunjukkan bahawa Kucai adalah antara yang lemah. Apa yang menjadikan ana teruja, walaupun beliau lemah dalam pembelajaran, akhirnya pada alam dewasa, beliau mampu sudah meraih gelaran Doktor Falsafah. Ini tidak lain, melalui environment, didikan, dan asuhan (NURTURE) yang diterima sedari kecil telah menguatkan semangatnya untuk terus berusaha belajar mengejar cita, lihat bagaimana NURTURE mampu mempengaruhi NATURE.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" seseorang itu menurut agama(jalan) temannya,maka oleh sebab itu hendaklah kamu semua meneliti orang yang digaulinya "HR : Abu Daud & Tirmizi

Ulasan2 ana adalah melalui pemerhatian, juga bila dikaitkan dengan Islam itu sendiri, maka akan terlihatlah kepentingan
NURTURE itu lebih terkehadapan dalam membentuk personaliti seseorang. Ana tidak membangkul sampahkah NATURE sebagai salah satu faktor, namun jika ada yang bertanya apa yang lebih penting, maka jawapan ana sekarang sudah mantaplah NURTURE ataupun boleh dilihat sebagai persekitaran, didikan dan asuhan. Kalau mengikut ilmu psikologi, atau perdebatan mengenai NATURE VS NURTURE ini, sebenarnya NURTURE itu dapat dikembangkan lagi pemahamannya, sehingga pengaruh semasa mengandung pun dikira salah satu proses pembelajaran, dan ana amat setuju dengan itu kerana Islam juga menyuruh membuat perkara2 baik, memperbanyakkan bacaan al Quran dan lain2 diwaktu mengandung bukan?

Sebagai khulasahnya, apa2 pun jika ada keraguan padanya, mahu mencari kebenaran, mahu merungkaikan apa yang tersimpul, Islam ada jawapannya, sesuailah dengan Islam itu sendiri yang bukan sekadar agama, bahkan ia adalah satu cara hidup yang merangkumi seluruh rangka sosial dalam bermasyarakat. Jadi, apa pun permasalahan yang timbul kembalilah kepada al Quran dan as Sunnah, kembalilah kepada Islam yang punya segala jawapan, ana undur dulu...wallahu'alam.














p/s:tazkirah ni ana amik kt blog yg same.....untuk perkongsian bersame....andai ade yg lom bace....k...:>

~Ku Bakar Cinta Itu~


Bismillah...

Syukur alhamdulillah kepada Rabbul 'Izzah yang tinggiNya tidak mungkin digapai, muliaNya membuat kita hina, kasihNya membuat kita bahagia...Dialah tuhan yang mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata. Selawat dan salam buat insan mulia penghulu umat, bersih pekertinya membuat kita kotor, lembut tingkahNya membuat kita kasar...Muhammad Rasulullah penunjuk jalan.

Maksud firman Allah SWT :
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)"
al Baqarah : 165

Dalam fitrah ini, tarbiyah dariNya datang menduga ku, aku bukan mahu lari dari menghadapi, tapi sekali lagi aku menulis bagi meredakan hati sendiri. Juga aku menulis kerana memenuhi hajat seorang sahabat agar aku mencoretkan perihal yang bakal ku lakar di sini nanti. Pastinya aku bukan insan terbaik bagi bicara soal ini, tapi mahu atau tidak aku telah pilih jalan ini, kenapa mahu aku mengelak sedangkan aku mampu berusaha. Ah, maafkanku kerana aku ber 'Aku' kali ini. Ini kerana aku mahu bicara dan menyentuh hati sendiri, hati kalian aku tak tahu mampu disentuh atau tidak tapi tolong fahamkan apa ini yang mahu aku sampaikan, moga kalian mendapat manfaat dariNya.

Maksud firman Allah SWT :
" Maka mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang mereka selalu kerjakan"
al-An'am : 43

Wahai QURRA' sekalian umumnya dan diri sendiri khususnya, ayat2 Allah itu tidak sekali pernah berdusta, walau setitik mahu sedetik, tidak pernah dan tidak akan ada keraguan padanya, kalau pernah kalian sekali meraguinya, maka pantaslah kalian ke nerakaNya jika tiada disusuli dengan taubat kepadaNya. Maka benar sekali jangan di ragu lagi ayat yang aku sertakan di atas itu, kamu merasa kerjamu baik, kelakuanmu santun, pekertimu indah...sangkaan mu itu disekalikan dengan hati yg keras lagi kaku, tidak mahu mendengar bicara kebenaran, mencintai kebatilan mahupun nyata...maka itu aku berani katakan yang syaitan telahpun menjadi teman rapatmu sehingga kamu lupa sahabat sebenarmu disisi.

Sesungguhnya apa yang mampu menjadikan semua ini nyata, satunya adalah CINTA, cinta yang dimanipulasi kebobrokan hati yang punah dan koyak akibat kebejatan diri mempercayai tipu daya syaitan laknatullah. Dusta itu kamu terima mentah2 kerna mengagungkan CINTA PALSU yang dilandasi nafsu menggila, membuat kamu lupa yang mana nyata yang mana dusta. Dan ingatlah wahai diri2 yang dhoif, sekali kamu terperangkap, payah sungguh mahu keluar...yang dusta itu kamu usahakan menjadi nyata, yang sebelum ini kamu mampu dengan terang melihatnya sebagai satu kesilapan, tetapi setelah kamu masuk dalam perangkap cinta yang dusta ini, matamu BUTA mengiakan DUSTA. Nah!...kamu sudah angguk pada SYAITAN dan kamu geleng pada PENCIPTA!

Apa kamu tidak menyedari, tingkah hinamu itu telah merobek kasih antaramu dengan PENCIPTA, dengan sahabat sejati, dengan rakan taulan, dengan keluarga?... apa kalian merasa CINTA DUSTA dengan si LELAKI ATAU WANITA IDAMAN itu mampu membawa kalian ke syurga?...aku mahu bicara kali ini, syurga dunia pun kalian boleh terlepas jika CINTA DUSTA itu yang kalian kejar! Perlu aku ingatkan aku bicara soal CINTA YANG DUSTA, bukan cinta yang berlandas keimanan dan ketaqwaan padaNya, itu perkara lain!

Aku mahu tanya lagi, apakah dengan tingkahmu bergayut siang malam membakar duit makanmu yang di cucuri penat lelah dan titik peluh orang tuamu yang tidak tahu bila mahu pulang kesisiNya itu, adakah itu suatu perkara mulia?...aku tanya!...adakah dengan tingkah 'MULIA' itu kamu mampu meruntun hati sang pencipta membantu hubungan CINTA DUSTAMU dengan membiarkan kamu bersatu akhirnya?... apa kamu ingat yang Maha Kuasa itu seperti kamu?...apa kamu ingat DIA senang saja mahu membiarkan begitu?...apa kamu ingat DIA redhakan saja tingkah kejimu?...apa kamu fikirkan semua ini, atau mungkinkah kamu sudah lupa adanya PENCIPTA setelah dibuai nafsu dan angan kosongmu yg dibelenggu syaitan laknatullah? ??

Aku mahu teruskan, sudah mahu berhenti membaca?...sudah terasa ada api yang membakar bakar hatimu marahkan bicaraku?... aku tidak peduli!...aku memangnya mahu bakar CINTA DUSTAMU dengan api panas merejam, merejam sifat angkuhmu yg menolak yang haq dan menyangjung yang batil, aku mahu bakar sifat egomu, aku mahu kamu terbakar hari ini kerana aku sayang kamu kerana Allah!...ini aku lanjutkan bertanya, pernah atau tidak kamu sedari, hati2 sahabat disisi, yang sayangnya kepadamu dengan sebenar benar cinta dan kasih...sedayanya mereka cuba membantumu, menasihatimu. ..tapi kamu tetap dengan nafsu gelojoh menolak saja bicara mereka, mengguris dan merobek hati2 sahabat yg selama ini siang dan malam mendoakan kesejahteraanmu. ..kamu lakukan ini hanya kerana SI DIA yang kamu cintai dengan diwalikan syaitan laknatullah. ..renungkan wahai sahabat...

Tidak terasa lagi aku mahu sejukkan keadaan, maka aku bakar lagi!...apakah kalian ingat CINTA DUSTA itu kekal abadi sehingga akhir?...apa kalian gembira sungguh setiap kali SMS dari si dia tiba?...apa kalian seronok benar setiap kali si dia menghubungi? ...apa kalian suka benar menatap wajah si dia pujaan?...aku mahu igtkan...pernah kalian terfikir...suatu ketika, SMS dari si dia tidak lagi menjelma...panggila n dan suara si dia tidak lagi kalian dengari, wajah si dia jadi kenangan cuma...ini yang aku mahu igtkan, ia tidak abadi!...si dia itu pastinya tidak KEKAL ABADI! cinta DUSTA itu juga kalian jgn sangka indahnya sampai ke petang...mana kalian tahu badai dan petir melanda nanti?...ah mudah saja bagi Sang PENCIPTA...DIA sebut saja 'KUN FAYAKUN'!!...maka hancur leburlah cita dan anganmu, tidak kemana...hanya pilu menyeliputi diri...sedarlah wahai sahabat...

Aku sedih dan kecewa jika sahabat masih lg mahu terus dengan CINTA DUSTA itu, aku sedih jika kalian tidak faham bicaraku, aku tahu hidayah itu milikNya...tapi aku tetap sedih aku tidak mampu menyentuh hati sahabat...aku sayang semua kerana Allah!...aku mohon dengan sangat, tolonglah... jangan lagi menongkah kebenaran, demi Allah aku minta ini bukan untuk diriku saja, bahkan untuk diri kalian, taatlah padaNya, bercintalah kamu mengikut syariatNya, agar mudah mudahan DIA berkenan membantu CINTA kita hingga ke syurga sana...mudah mudahan sahabat...ameen ya Allah!

“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"
al-Syams : 7-10

Cukuplah setakat ini hati2 kita diperdaya oleh syaitan laknatullah dengan menghiasi kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan sehingga tampaknya indah belaka, membuat kita ragu dalam menilai yang mana benar dan yang mana palsu, sungguh!...jika diselami betul2, maka pasti....biiznillah , akan terlihatlah kesesatan yang nyata itu...aku pohon sahabat, MUHASABAH kembali sebelum DIA menyungkurkan kita ke dasar!...sesal di waktu itu, hanya ratapan saja yang mampu, aku undur dulu..

p/s: post ni ana amek dari http://wadiqurra. blogspot. com/. Ana sekadar berkongsi,,moga dpt memberi peringatan yg baik kpd diri ana dan shbt2 skalian..

50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.